Pengikut Daku

Ahad, 8 Jun 2014

Aku Jodohmu? 1

"Assalamulaikum, mak. Ain dah balik," usai memberi salam, dia masuk ke rumah dan terus merehatkan badannya di sofa. Hampir sahaja terpejam mata. kedengaran mak menegurnya.
"Ain... ada perkara yang mak nak cakap dengan Ain ni," emak yang baru keluar dari dapur pantas melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahannya.
"Mak nak cakap apa, mak? Nantilah dulu, Ain penat ni," balasnya perlahan. Kelopak matanya bagaikan digam-gam, sukar benar hendak dibuka.
"Alah... sekejap saja. Ain dengarlah dulu apa mak nak cakapkan ni," emak masih tidak berputus asa cuba memujuknya.
"Mak, Ain penatlah. Mata Ain ni, tak boleh nak buka macam ada gam aje yang melekap," ujarnya, cuba membuka mata dengan jari.
Emak cuba merayu lagi agar dia mendengar juga perkhabaran yang ingin disampaikan itu, "Ain dengarlah dulu ya? Tak apa kalau Ain nak pejam mata pun, asal Ain dengar apa yang mak nak cakap ni," kata emak.
Dia mengeluh, tidak sampai hati hendak menghampakan emak. "Iyalah, mak. Mak nak cakap apa, Ain dengarlah ni," dia cuba tersenyum depan emak, biarpun hatinya sungguh sakit ketika itu.
"Dengar betul-betul apa yang mak nak cakap. Ada orang nak masuk meminang Ain minggu depan," bicara emak.
"Apa! Ada orang nak meminang Ain?" terkejut dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Hatinya terasa sakit sangat bagaikan digores sembilu.
"Iya, Ain. Minggu depan mereka akan masuk meminang," kata emak lagi dengan tenang.
Mata yang mengantuk tadi, sudah tidak dihiraukannya. Rasa penat tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja. Dia jadi terkejut dengan apa yang didengarnya, rasa hendak menangis pun ada. Bukankah dia sudah pernah berbincang dengan emak soal jodohnya, sewaktu nenek datang bertanyakan perkara yang sama pada akhir tahun lepas. Kenapa semua ini harus berlaku dengan pantas? Dia tidak pernah terfikir langsung soal jodoh buat masa sekarang ini. Adakah mereka tidak faham atau buat-buat tidak faham? Atau adakah jodohnya sudah sampai? Ya Allah, kau berikanlah aku petunjuk, doanya dalam hati.
"Kalau itu hajat mereka, Ain hendak cakap apa lagi? Terserahlah," dia memberi kata putus dan terus meluru masuk ke bilik. Air matanya tidak tertahan lagi lalu jatuh berjurai.



















Jumaat, 6 Jun 2014

Hanya Kamu 1

Nur Rania Umairah sedang bersiap-siap mahu ke tempat kerja. 

Dia kelihatan cantik dan kemas. maklumlah, hari ini adalah hari   

special kerana bos baru  akan masuk pejabat. 

Sedang dia bersiap-siap, kedengaran suara orang memberi 

salam. Rania terus meluru ke pintu utama untuk melihat 

siapa gerangan yang datang pagi-pagi lagi.

"Assalamulaikum", Salam di beri oleh tetamu yang tidak dikenali itu.

"Waalaikumusalam," Jawab Rania.

"Awak Cik Nur Rania Umairah ke?" Tanya lelaki itu.

"Ya, saya. Encik siapa?"Tanya Rania kepada lelaki itu. Dia berasa pelik dengan kedatangan lelaki itu ke rumahnya.

Lelaki tadi terus memperkenalkan diri, "Saya Imran Danial, tuan rumah ini." 

Terkejut Rania mendengarnya"Tuan rumah ini? Rumah mana? Apa maksud awak?" Tanya Rania dengan nada tinggi.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis" Rumah yang awak duduk sekarang nie, rumah saya. Saya dah beli rumah ini sebulan yang lalu kalau awak tak percaya boleh tengok dokumen pembelian rumah ini" Sambil hulur pada Rania 

Terkejut beruk Rania, sambil mengambil dokumen di tangan lelaki itu lalu melihatnya"Apa? Tak mungkin! Saya baru menyewa rumah ini, 3 bulan yang lepas. duit sewa rumah pun saya dah bayar" Katanya.

"Saya tak peduli, yang saya tahu Cik Rania kena keluar dari rumah ini dalam masa 24 jam". Balas Imran sambil masuk ke dalam rumah.

Terbeliak biji mata Rania"Apa? dalam masa 24 jam? Awak ingat senang ke nak cari rumah sewa lain dalam masa 24 jam" Balas Rania dengan perasaan tak puah hati.

Dengan tidak berperasaan, Imran membalas" Saya peduli apa, awak nak cari rumah lain senang ke tidak! Yang saya tahu, awak kena keluar dari rumah saya hari ini juga. Balas Imran dengan angkuhnya.

Rania berasa geram dengan mamat di depannya, kalau bukan orang! Mahu saja di pijak-pijaknya biar jadi lempeng.

"Kalau pun, Encik Imran nak suruh saya keluar, bagilah saya tempoh dua tiga hari lagi. Bolehlah cari rumah lain. 

Imran tersenyum mendengar kata-kata gadis di hadapannya. Berasa kasian pun ada tapi egonya mengatasi segala-galanya. Dia tak nak mengalah dengan seorang perempuan yang tiada kaitan apa-apa dengannya."Maaf Cik Rania, kalau saya bagi tempoh. Cik Rania dua tiga hari lagi untuk mencari rumah macam mana pulak dengan saya? Dekat mana saya nak tidur malam ini? lagipun saya baru sampai dari New York."Jawab Imran

Rania bingung, tak tahu bagaimana nak menjawanya. Sedang dia kebingungan jamnya berbunyi menandakan dia dah terlewat ke tempat kerja. 

"Beginilah Encik Imran. Saya dah lewat nak pergi kerja. Boleh tak? Kite bincang perkara ini selepas saya balik kerja." Tanpa membuang masa, Rania terus keluar dan tidak pedulikan Imran di situ yang memandangnya dengan perasaan tak puas hati.

 Peduli apa aku dengan mata engkau, aku dah lambat jawab rania dalam hati dan bergegas ke keretanya. Sementara itu, muncul pulak kawannya di depan rumahnya.

"Rania" Panggil Tina.

"Tina" Balas Rania.

"Eh, Engkau baru nak pergi kerja ke? Tanya Tina.

"Haah, Sebab tadi ada mamat siapa entah datang rumah aku." Bagi tahu Rania.

"Ooo...Iyake."Tina berasa berminat.

"Mamat mana?"Tanya Tina lagi, seperti ingin tahu.

"Nanti lah, aku cerita dan sekarang  aku nak pergi kerja" Balas Rania masuk ke dalam kereta.

Tina melihat Rania yang semakin jauh dan menghilang dari pandangannya. Sementara itu, dia mengintai rumah Rania untuk memcari kelibat mamat yang dikatakan tadi.