Nur Rania Umairah sedang bersiap-siap mahu ke tempat kerja.
Dia kelihatan cantik dan kemas. maklumlah, hari ini adalah hari
special kerana bos baru akan masuk pejabat.
Sedang dia bersiap-siap, kedengaran suara orang memberi
salam. Rania terus meluru ke pintu utama untuk melihat
siapa gerangan yang datang pagi-pagi lagi.
"Assalamulaikum", Salam di beri oleh tetamu yang tidak dikenali itu.
"Waalaikumusalam," Jawab Rania.
"Awak Cik Nur Rania Umairah ke?" Tanya lelaki itu.
"Ya, saya. Encik siapa?"Tanya Rania kepada lelaki itu. Dia berasa pelik dengan kedatangan lelaki itu ke rumahnya.
Lelaki tadi terus memperkenalkan diri, "Saya Imran Danial, tuan rumah ini."
Terkejut Rania mendengarnya"Tuan rumah ini? Rumah mana? Apa maksud awak?" Tanya Rania dengan nada tinggi.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis" Rumah yang awak duduk sekarang nie, rumah saya. Saya dah beli rumah ini sebulan yang lalu kalau awak tak percaya boleh tengok dokumen pembelian rumah ini" Sambil hulur pada Rania
Terkejut beruk Rania, sambil mengambil dokumen di tangan lelaki itu lalu melihatnya"Apa? Tak mungkin! Saya baru menyewa rumah ini, 3 bulan yang lepas. duit sewa rumah pun saya dah bayar" Katanya.
"Saya tak peduli, yang saya tahu Cik Rania kena keluar dari rumah ini dalam masa 24 jam". Balas Imran sambil masuk ke dalam rumah.
Terbeliak biji mata Rania"Apa? dalam masa 24 jam? Awak ingat senang ke nak cari rumah sewa lain dalam masa 24 jam" Balas Rania dengan perasaan tak puah hati.
Dengan tidak berperasaan, Imran membalas" Saya peduli apa, awak nak cari rumah lain senang ke tidak! Yang saya tahu, awak kena keluar dari rumah saya hari ini juga. Balas Imran dengan angkuhnya.
Rania berasa geram dengan mamat di depannya, kalau bukan orang! Mahu saja di pijak-pijaknya biar jadi lempeng.
"Kalau pun, Encik Imran nak suruh saya keluar, bagilah saya tempoh dua tiga hari lagi. Bolehlah cari rumah lain.
Imran tersenyum mendengar kata-kata gadis di hadapannya. Berasa kasian pun ada tapi egonya mengatasi segala-galanya. Dia tak nak mengalah dengan seorang perempuan yang tiada kaitan apa-apa dengannya."Maaf Cik Rania, kalau saya bagi tempoh. Cik Rania dua tiga hari lagi untuk mencari rumah macam mana pulak dengan saya? Dekat mana saya nak tidur malam ini? lagipun saya baru sampai dari New York."Jawab Imran
Rania bingung, tak tahu bagaimana nak menjawanya. Sedang dia kebingungan jamnya berbunyi menandakan dia dah terlewat ke tempat kerja.
"Beginilah Encik Imran. Saya dah lewat nak pergi kerja. Boleh tak? Kite bincang perkara ini selepas saya balik kerja." Tanpa membuang masa, Rania terus keluar dan tidak pedulikan Imran di situ yang memandangnya dengan perasaan tak puas hati.
Peduli apa aku dengan mata engkau, aku dah lambat jawab rania dalam hati dan bergegas ke keretanya. Sementara itu, muncul pulak kawannya di depan rumahnya.
"Rania" Panggil Tina.
"Tina" Balas Rania.
"Eh, Engkau baru nak pergi kerja ke? Tanya Tina.
"Haah, Sebab tadi ada mamat siapa entah datang rumah aku." Bagi tahu Rania.
"Ooo...Iyake."Tina berasa berminat.
"Mamat mana?"Tanya Tina lagi, seperti ingin tahu.
"Nanti lah, aku cerita dan sekarang aku nak pergi kerja" Balas Rania masuk ke dalam kereta.
Tina melihat Rania yang semakin jauh dan menghilang dari pandangannya. Sementara itu, dia mengintai rumah Rania untuk memcari kelibat mamat yang dikatakan tadi.
"Rania" Panggil Tina.
"Tina" Balas Rania.
"Eh, Engkau baru nak pergi kerja ke? Tanya Tina.
"Haah, Sebab tadi ada mamat siapa entah datang rumah aku." Bagi tahu Rania.
"Ooo...Iyake."Tina berasa berminat.
"Mamat mana?"Tanya Tina lagi, seperti ingin tahu.
"Nanti lah, aku cerita dan sekarang aku nak pergi kerja" Balas Rania masuk ke dalam kereta.
Tina melihat Rania yang semakin jauh dan menghilang dari pandangannya. Sementara itu, dia mengintai rumah Rania untuk memcari kelibat mamat yang dikatakan tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan